Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya special sangat susu kambing ni kan? Sebab Susu Kambing tidak begitu familiar dengan kehidupan seharian mereka. Dan semestinyalah Susu Lembu ada jual di mana-mana. Maka persepsi bahawa susu lembu adalah yang terbaik sudah terbiasa dikalangan masyarakat di Malaysia. Jadi kenapa kenapa pilih susu kambing berbanding Susu Lembu?
Alhamdullilah, Susu kambing dan susu lembu sebenarnya kedua-dua susu mempunyai protein yang lengkap serta mengandungi sembilan asid amino yang diperlukan dalam memberi tenaga, meningkatkan ketahanan badan serta pembentukan otot. Baik susu kambing atau lembu, kedua-duanya mengandungi kalsium yang tinggi termasuk kaya dengan vitamin A dan D serta mineral seperti mangnesium, fosfor serta kalium. Haa banyak kan khasiat daripada kedua-dua Susu makhluk Allah ni. Tapi apa yang special susu kambing ni? Baik minum susu lembu je.
Okay untuk pengetahuan semua, Susu kambing bersifat alkali dan ini secara tidak langsung membuatkan susu kambing bersifat melawan virus. PH alkali bertindak meneutralkan asid di dalam badan. Seperti yang diketahui umum kandungan asid yang berlebihan di dalam badan boleh mendatangkan penyakit seperti sakit kepala, sakit otot, kandungan yang berlebihan dalam badan serta akan menyebabkan tekanan darah dalam tubuh individu menjadi tidak stabil. Haaa faham dah? Nak fakta susu kambing lagi?
Susu kambing juga boleh menguatkan tulang. Susu yang dihasilkan mengandungi kandungan kalsium yang tinggi. Selain itu, susu kambing dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil dan tulang kita tidak sentiasa kuat sepanjang hayat kita. Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh.
Selain daripada tu, Susu Kambing pun boleh tingkatkan metabolisma badan. Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, akak-akak akan dapat khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing.
Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi. Hebat bukan?
Selain daripada tu, untuk menjaga kesihatan jantung pun boleh lah cuba untuk minum Susu Kambing. Sebab apa? Sebab Terdapat sekurangkurangnya 2 kali ganda asid lemak di dalam susu kambing berbanding susu lembu, membawa maksud pengawalan kadar kolestrol adalah lebih baik dengan pengamalan susu kambing. Dengan mengawal kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok (angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain.
Untuk yang nak mengurangkan berat badan Walaupun susu kambing mengandungi kadar lemak asid yang lebih banyak berbanding dengan susu lembu, tetapi sebenarnya ia mengandungi kadar lemak yang lebih kurang.
Perkara ini membawa maksud bahawa susu kambing boleh membantu orang untuk mengurangkan berat badan, tanpa menjejaskan kesihatan mereka.
Okay Panjang sangat dah ni,akhir sekali, banyak kelebihan yang anda dapat peroleh dengan susu kambing. Pastikan anda memperoleh susu kambing yang asli demi mendapatkan khasiat yang terbaik untuk diri anda dan juga anak-anak anda.
Dalam banyak-banyak jenama susu kambing yang ada di pasaran, yang mana satu bagus? Itu kami tidak boleh berikan jawapan. Anda kena cuba dahulu dan kongsikan dengan kami.
Cuma kalau tak tahan dengan bau susu kambing tu, atau nak try-try, minum lah Susu Kambing Juna. Sebab takde bau hamis. Hehe
Semoga bermanfaat.